Breaking News

Perbankan Islam Zalim ?

Perbankan Islam Zalim ?

Oleh : Siti Dania Binti Mohd Nazri

POPULARITI Perbankan Islam sering disalah anggap oleh segelintir masyarakat.

Namun selagi pihak bertugas dalam perbankan Islam bersatu hati dan bersama-sama memperjuangkan sistem Allah dengan mengikut perintah-Nya, maka ia mampu ditangani.

Dalam hal ini, Allah berfirman, "Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan sesama jahiliyah, lalu Allah menyatukan antara hati kamu." (Surah Ali 'Imran: 103)

Contoh daripada kezaliman yang berkaitan dengan harta, yaitu individu yang mampu namun tidak membayar hutang, memberi korupsi untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya, tidak menyerahkan barang jualan walaupun telah menerima bayaran.

Selain itu, terdapat lagi beberapa contoh lain seperti tidak mensyukuri nikmat dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah juga termasuk dalam perbuatan zalim.

Kezaliman adalah suatu penyakit hati. Oleh itu, tanda kesihatan hati seseorang adalah apabila ia berlaku adil.

Kita biasa mendengar objektif institusi perbankan atau keuangan itu meraih keuntungan dalam perniagaan. Ini adalah dasar utama yang tidak boleh dinafikan.

Malah, pulangan diperlukan untuk membiayai kos-kos operasi dan pengurusan, memenuhi kebutuhan dan kemudahan pelanggan serta membayar bonus dan dividen pekerja dan pemegang sahamnya.

Walau bagaimanapun, kestabilan sebuah institusi perbankan atau keuangan Islam itu bukan hanya bergantung kepada keuntungan semata-mata.

Malah Ada beberapa perkara yang memainkan peranan juga seperti etika bagi membentuk dasar produk dan perkhidmatan yang memenuhi maqasid syariah atau tujuan syariah, model tadbir urus dan operasi harian serta sikap dan akhlak kakitangan mahupun pihak pengurusan.

Justru, kedua-dua mekanisme ini (keuntungan dan etika) diperlukan bagi menjamin kestabilan sesebuah institusi perbankan atau keuangan Islam, sererusnya menjadi sistem pilihan pelanggan tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Malah tidak dapat dinafikan terdapat dakwaan yang menyatakan bahwa institusi perbankan Islam menjalankan proses harian secara zalim, berat sebelah, mengambil keuntungan atau kesempatan serta menekan pelanggan.

Ini jelas bahwa perjanjian yang ditandatangani hanya memihak kepada pihak institusi semata-mata. Ini berlaku karena salah paham terhadap konsep dan sistem perbankan atau keuangan Islam yang ditawarkan serta penerimaan maklumat yang salah daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh sebab itu, pelanggan perlulah memahami bahwa berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, setelah mematerai perjanjian, kuasa meminda terma dan syarat perjanjian tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak.

Segala kemudahan, faedah, manfaat dan risiko yang berlaku adalah hasil persetujuan kedua-dua pihak dan bukan satu pihak sahaja.

Ini jelas menunjukkan pihak institusi keuangan Islam tidak menzalimi dan mengambil kesempatan ke atas pelanggan.

Dalam hal ini, kesemua aktivitas operasi, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perbankan atau keuangan Islam adalah tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Pihak perbankan atau keuangan Islam perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh BNM dan peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Jadi, kesemua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berlandaskan hukum syarak. Ia juga diawasi secara ketat oleh Pihak Jawatan kuasa Penasihat Syariah dan dibantu oleh Unit Semakan Syariah serta Audit Dalaman Syariah.

Di samping itu, perbankan atau keuangan Islam menawarkan tiga aktivitas asas yaitu setoran (uang pendahuluan), pembiayaan dan pelaburan. Walau bagaimanapun, pihak institusi keuangan Islam dan pelanggan masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Hak serta tanggungjawab tersebut adalah bersumberkan jenis kontrak (akad) yang dimeteraikan bersama seperti murabahah, ijarah, mudharabah dan seumpamanya.

Oleh itu, industri perbankan atau keuangan Islam senantiasa berusaha meningkatkan kualitas perkhidmatan dan ketelusan dalam pemasaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ia tidak bermatlamatkan keuntungan semata-mata malah mengajak serta menyeru manusia kepada satu sistem pengurusan harta yang diredhai Allah.

Kesimpulannya, semua pihak harus bertanggungjawab untuk memperbaiki kekurangan pada sistem ini. Jadi, gunakanlah saluran sedia ada dengan sebaik mungkin, karena dunia dan manusia keseluruhannya memerlukan satu sistem keuangan yang lebih mampan, telus serta berintergriti berbanding sistem keuangan sedia ada.

Penulis Adalah : Mahasiswi Fakultas Syariah dan Hukum UINAR Banda Aceh, asal Malaysia

Sponsored:
Loading...
Sponsored:
Loading...